"Bapa Saya Sendiri Kahwin Lima, Tapi ..." - Teladani Susah Payah Ibu, Edika Yusof Takkan Tinggalkan Isteri!
"Bapa Saya Sendiri Kahwin Lima, Tapi ..." - Teladani Susah Payah Ibu, Edika Yusof Takkan Tinggalkan Isteri!

Cuba Astro Baharu untuk 30 hari dengan Pek Primary hanya RM59.99/bln, kalau tak jatuh cinta JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN
Pelakon Edika Yusof mendedahkan beberapa ahli keluarganya juga menjalani kehidupan berpoligami terutama bapanya yang masih mempunyai empat isteri selepas menceraikan ibunya.
Menurut Edika, melihat kesukaran ibunya membesarkan tiga orang anak lelaki selepas bercerai membuatkan dia nekad untuk tidak meninggalkan isterinya yang lumpah.
“Sebenarnya adik saya pun kahwin dua dan bapa saya sendiri kahwin lima… kahwin cerai tapi masih ada empat isteri. Ramai saudara lelaki saya yang berpoligami.
“Jadi, saya bukan nak tunjuk pandai sebab ada satu isteri tapi saya cuba jadi yang terbaik. Sebab orang yang menjadi saya, ibu saya yang merupakan isteri kedua.
“Selepas mereka bercerai, ibu saya yang menjaga kami adik-beradik, bekerja siang malam untuk besarkan kami. Saya nampak, apabila ditinggalkan seorang lelaki, apa yang dihadapi perempuan atau ibu tunggal.
“Salah satu sebab membuatkan saya tak kan tinggalkan isteri saya disebabkan itu la,” kata Edika kepada Gempak.
Edika ditemui ketika sidang media dan tayangan episod pertama drama siri Astro Originals, Projek : High Council yang diadakan di DADI Pavilion, Kuala Lumpur.
High Council turut membariskan para pelakon baharu yang berbakat iaitu Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Sathisvaran M Magesvaran, Kahoe Hon, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Ameer Asyraf, Muzayyin Mahyuddin dan Hazeeq Dean.
Selain itu, selebriti terkenal seperti Naim Daniel, Yusof Hashim, Daiyan Trisha, Sazzy Falak, Ben Tan, Aida Aris, Azhar Sulaiman dan Edika Yusof turut membintangi drama siri tersebut.
Posting Komentar untuk ""Bapa Saya Sendiri Kahwin Lima, Tapi ..." - Teladani Susah Payah Ibu, Edika Yusof Takkan Tinggalkan Isteri!"