Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Ada Ketika Kekasih Berduka, Ini Yang Dilakukan Dini Schatzmann Buat Janna Nick Demi Kegembiraannya

Ada Ketika Kekasih Berduka, Ini Yang Dilakukan Dini Schatzmann Buat Janna Nick Demi Kegembiraannya

Kelibat pelakon Janna Nick di Instagram sudah lama tidak kelihatan setelah hantaran kali terakhir beliau pada 10 April 2021.

Hantaran beliau pada waktu itu adalah mengenai luahan hatinya yang penat dengan keadaan hidupnya.

Baguslah tindakan Janna yang mengambil masa untuk berehat daripada media sosial buat seketika.


Pada 19 April 2021, kekasihnya iaitu Dini Azan Schatzmann telah memuat naik satu hantaran di Instagram beliau.


Perkongsian itu menunjukkan video Dini yang meluangkan masa bersama Janna untuk menghiburkan hati kekasihnya itu.

Melalui caption:-

“Anything to make her happy

Sometimes its the little things that make us happy. Just to get out and feel the fresh air can help more than you think. @jannanick” 

Nampak sangat Dini ini seorang yang penyayang dan menjadi penyokong yang kuat buat Janna.

Tambahan lagi, keadaan Janna ketika ini memang memerlukan seseorang yang boleh memberi semangat kepadanya.

Dalam pada itu, para peminat tumpang gembira dengan perkongsian tersebut.

Semoga Janna akan semakin membaik dan kembali berinteraksi dengan para peminat di media sosial tidak lama lagi

Posting Komentar untuk "Ada Ketika Kekasih Berduka, Ini Yang Dilakukan Dini Schatzmann Buat Janna Nick Demi Kegembiraannya"