“Aku Yang Segan Ustaz Wadi Ada” – Netizen Segan Tengok Resepsi Janna Nick Ala Barat

“Aku Yang Segan Ustaz Wadi Ada” – Netizen Segan Tengok Resepsi Janna Nick Ala Barat
Semalam, pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann mengejutkan ramai apabila sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.
Difahamkan, majlis resepsi pasangan itu diadakan semalam selepas majlis akad nikah di sebuah resort terkemuka di Langkawi.
BACA: “Awak Adalah Dunia & Akhirat Saya” – Janna Nick
Ramai rakan artis hadir ke majlis tersebut antaranya Nora Danish, Puteri Sarah Liyana, Izzue Islam, Elfira Loy, Nabila Razali, Ain Edruce serta pendakwah bebas popular, Ustaz Wadi Annuar.
Diruangan komen, ada segelintir netizen meluahkan segan apabila Ustaz Wadi berada di majlis berkenaan apatah lagi persalinan pengantin dilihat tidak menutup aurat.
Kata netizen lagi, jika mereka jadi pengantin pasti akan timbul rasa segan apabila melihat ada agamawan yang dijemput pada pamjlis tersebut.
Dalam pada itu, ada netizen yang bersikap positif mengatakan Ustaz Wadi hadir untuk memenuhi jemputan serta membacakan doa dan semoga dapat memberkati rumah tangga pasangan itu.
Posting Komentar untuk "“Aku Yang Segan Ustaz Wadi Ada” – Netizen Segan Tengok Resepsi Janna Nick Ala Barat"