Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Khabar Duka, dari pelakon terkenal Leda moin telah Meninggal Dunia Hari Ini. Al Fatihah(baca Artikel Penuh)

Bekas suami Ieda Moin meninggal dunia


Ieda Moin dan anaknya di pengebumian bekas suaminya.
Ieda Moin dan anaknya di pengebumian bekas suaminya.

Kuala Lumpur: Hasrat penyanyi dan pelakon, Ieda Moin membawa anaknya, Nur Dhia Dania, 15, melawat bekas suaminya, Mohamad Naquib Idris di Hospital Shah Alam tengah hari, hari ini tidak kesampaian apabila Naquib meninggal dunia kira-kira jam 8.30 pagi.

Ieda ketika dihubungi berkata, dia terkejut selepas dihubungi kakak ipar pada jam 9.20 pagi, hari ini, memaklumkan Naquib atau Gin meninggal dunia.

"Sepatutnya nak bawa Dhia melawat bapanya pada tengah hari selepas dia balik sekolah, bagaimanapun pagi hari ini saya dimaklumkan dia sudah meninggal dunia.

Ieda berkata, Gib meninggal dunia secara mengejut apabila rebah di katilnya selepas mandi.

Menurutnya, Gib dimasukkan ke Hospital Shah Alam, Jumaat lalu kira-kira jam 2 pagi akibat masalah jantung.

"Pada Sabtu, dia beritahu saya kata dia ditahan di hospital. Malamnya, saya buat 'video call' dan bagi dia cakap dengan anak kami.

"Saya pun janji nak tengok dia bersama Dhia. Hari Ahad (semalam) tak sempat sebab anak ada projek sekolah. Jadi saya janji nak melawat dia hari ini.

"Bagaimanapun lain pula jadinya apabila kakak ipar tiba-tiba sampaikan berita sedih ini," katanya.

Ieda berkata, dia difahamkan Allahyarham sepatutnya menjalani pembedahan angioplasti (memasukkan belon) ke dalam salur darah arteri yang terjejas, namun ia tidak sempat dilakukan.

"Arwah sekarang terbabit sebagai Pengurus Produksi dengan Orange Tree Production. Selepas bercerai, dia berkahwin lain. Hubungan kami baik kerana anak," katanya.

Ieda berkahwin dengan Gib pada 4 November 2006, dan bercerai talak satu pada 18 Disember 2014.

Dia kemudian berkahwin dengan Mohd Amril Gulkhan Abdul Rahman pada 27 Apr 2019.

Jenazah Mohamad Naquib dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata, Gombak selepas Zuhur hari ini.

Disiarkan pada: Jun 12, 2023 @ 3:04pm

Berita menarik menerusi
E-Mel setiap pagi

Posting Komentar untuk "Khabar Duka, dari pelakon terkenal Leda moin telah Meninggal Dunia Hari Ini. Al Fatihah(baca Artikel Penuh)"