Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Innalilahi, Khabar Pilu dari Pelakon Terkenal Fauziah atau di sapa Ogy telah Meninggal Dunia Hari Ini Si...(Baca Artikel Penuh)




“Aripah Damanhuri Telah Pulang Ke Ya Khaliq, Seniwati Yang Saya Hormati” – Fauziah Ahmad Daud

Seniwati, Fauziah Ahmad Daud memaklumkan sahabatnya yang juga merupakan pelakon senior, Aripah Damanhuri telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh Fauziah menerusi entri terkini di laman Instagram.

Menurut Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy, sebagai rakan industri, dia sememangnya amat menghormati keperibadian Aripah selama ini.

“Seniwati Aripah Damanhuri telah pulang kepada ya Khaliq. Seniwati yang saya hormati. Allahyarhamah merupakan kakak kepada seniwati Normah Damanhuri”.

“Ya Allah ampunilah dia. Belas kasihanilah dia. Hapuskanlah dan ampunilah segala dosa-dosanya. Tempatkan dia bersama para-para syuhada. Aamiin Allahumma Aamiin”.

“Takziah buat seisi keluarga. Allahyarhamah Aripah Damanhuri” tulisnya.

Dikesempatan itu juga, Fauziah turut menitipkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Aripah selain turut mendoakan semoga mereka diberikan kekuatan untuk menempuh detik sukar ini.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih diatas perkhabaran tersebut.

Sekadar informasi, Allahyarham Aripah merupakan kakak kepada pelakon senior yang kini sedang membintangi filem 3 Janda Melawan Dunia, Normah Damanhuri.

Beberapa minggu lalu, Normah memaklumkan kakaknya itu telah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan kuman pada paru-paru.


sumber : Media Hiburan


Posting Komentar untuk "Innalilahi, Khabar Pilu dari Pelakon Terkenal Fauziah atau di sapa Ogy telah Meninggal Dunia Hari Ini Si...(Baca Artikel Penuh)"