Kanak2 lumpuh menang saman, hospital awam diarah bayar rm5j. Ini punca kecuaian
Menurut laporan BH Online, Nur Adeena Mohd Syahmir yang dilahirkan secara pembedahan mengalami kecederaan saraf tunjang, susulan komplikasi pembedahan sekali gus mengakibatkan lumpuh dari leher ke bawah.
Hakim Datuk Akhtar Tahir berkata, doktor pakar menerangkan bahawa berdasarkan keadaan, Nur Adeena berkemungkinan hidup sehingga usia 23 tahun, justeru mangsa layak mendapatkan pampasan secukupnya.Tiada jumlah wang yang boleh mengurangkan kesakitan dan penderitaan kanak-kanak itu. Oleh itu, mahkamah hanya boleh memberikan jumlah mencerminkan kerugian dialami serta jumlah itu tidak boleh terlalu tinggi sebaliknya munasabah.
“Mahkamah juga berpandangan jumlah ganti rugi diberikan mesti mengimbangi sebaik mungkin perbelanjaan tambahan yang akan ditanggung penjaga plaintif (kanak-kanak itu),” kata Akhtar.
untuk rekod, hospital tersebut pernah melakukan siasatan sebelum mendapati pegawai perubatan bertugas tidak mempunyai pengalaman melakukan pembedahan selain ia dilakukan tanpa pengawasan pakar perbidanan dan sakit puan.
Posting Komentar untuk "Kanak2 lumpuh menang saman, hospital awam diarah bayar rm5j. Ini punca kecuaian"