Suami dijemput Ilahi selepas tiga hari bernikah
Suami dijemput Ilahi selepas tiga hari bernikah
KUALA TERENGGANU – Seorang peniaga ikan air tawar yang baru melangsungkan pernikahan tiga hari lalu maut dalam kemalangan di Surau Panjang di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 1.10 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Mustaqim Mustafa, 25, maut akibat kecederaan parah pada bahagian kepala selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah lori yang tiba-tiba memasuki laluan itu pada pukul 1.10 tengah hari.
Ibu mangsa, Zaitun Yusof, 57, berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Mustaqim dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Belukar Sukai, Kepong di sini selepas menghantar bekalan ikan di sebuah kedai makan berhampiran.
BACA JUGA
Jururawat ulang alik 100km ke tempat kerja maut kemalangan
Luluh hati tetamu, pelamin pengantin rosak sebab budak main lari-lari
'Selamat tinggal wahai anakku di sisi Allah'
Dia berkata, anak ketujuh daripada 10 beradik itu baru melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hati Sharifah Erin Nurshafieka Saiyed Azman, 20, pada Khamis lalu.
“Sepatutnya mereka dijadual bernikah pada bulan Jun depan tetapi arwah (Muhammad Mustaqim) mahu dipercepatkan pada Khamis lalu.
“Majlis persandingan pula dirancang pada 26 Mac depan tetapi ajalnya tiba dahulu. Tidak sangka jodohnya cuma tiga hari,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Belukar Sukai di sini hari ini.
Zaitun berkata, jenazah Muhammad Mustaqim telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Beladau Kepong di sini selepas solat Asar kelmarin.
Sebelum ini, sebuah klip video berdurasi 26 saat memaparkan kemalangan menimpa Muhammad Mustaqim tular di media sosial. -K! ONLINE
Berbagi
Anda mungkin menyukai postingan ini
Plakon NadZalnal Akhlrnya Britahu StatusHbungan Bliau Dngan UngkuIsmail Buat Rmai D0akan
Luluh hati tetamu, pelamin pengantin rosak sebab budak main lari-lari
Jururawat ulang alik 100km ke tempat kerja maut kemalangan
Salam Takziah! Buat Dj Kesayangan Satu Malaysia...
Posting Komentar untuk "Suami dijemput Ilahi selepas tiga hari bernikah"